Home Koronavirus Vaksin CanSino diagih ke Pulau Mabul: Khairy

Vaksin CanSino diagih ke Pulau Mabul: Khairy

Vaksin CanSino diagih ke Pulau Mabul: Khairy

PUTRAJAYA – Pengagihan vaksin CanSino diteruskan ke Pulau Mabul, Sabah pada Jumaat.

Perkara itu dikongsikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter rasminya.

Dalam hantaran sama, beliau memuat naik dua keping gambar petugas kesihatan dalam perjalanan ke pulau itu.

“Petugas kesihatan diiringi anggota polis bersedia ke Pulau Mabul, Sabah hari ini untuk pemberian vaksin satu dos, CanSino bagi meningkatkan liputan imunisasi dalam usaha Malaysia melangkah ke fasa endemik,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan pengagihan vaksin CanSino itu melibatkan 2,000 dos.

“Aktiviti pemberian vaksin CanSino kepada penduduk di Pulau Mabul akan dijalankan selama dua hari,” menurut KKM.

CanSino sebelum ini telah diagihkan ke kawasan pedalaman lain seperti Pulau Sebatik dan pedalaman Kinabatangan, Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here