PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melanjutkan tempoh masa untuk penerima vaksin Sinovac bagi mendapatkan dos penggalak kepada 31 Mac depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menerima apa-apa dos primer sebelum ini turut perlu berbuat demikian.
“Bermula 1 April status vaksinasi lengkap akan bertukar kepada tidak lengkap sekiranya individu tersebut tidak mendapat dos penggalak,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.
AKAN MENYUSUL