Home Koronavirus Singapura benar penggunaan vaksin Sinovac

Singapura benar penggunaan vaksin Sinovac

0
Singapura benar penggunaan vaksin Sinovac

SINGAPURA – Vaksin Covid-19 Sinovac dari China boleh digunakan di Singapura menerusi kebenaran khas selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meluluskannya untuk penggunaan kecemasan, lapor CNA.

Memetik Kementerian Kesihatan republik itu, portal berita berkenaan melaporkan, kementerian akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai perkara berkenaan dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan institusi penjagaan swasta memohon lesen sebagai pembekal vaksin Sinovac-CoronaVac menggunakan kebenaran khas itu.

“Kami juga sedang meneliti kemungkinan untuk membolehkan institusi penjagaan kesihatan swasta memperoleh stok bekalan semasa kami sebanyak 200,000 dos dan sedang mengusahakan bagi menetapkan harga, proses kebenaran dan keselamatan pesakit yang mahu disuntik dengan Sinovac-CoronaVac,” menurut kementerian itu.

WHO pada Selasa memperakui vaksin CoronaVac Covid-19 yang dibangunkan Sinovac, syarikat farmasutikal China, bagi penggunaan kecemasan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here