Home Koronavirus Program Imunisasi Covid-19 Selangor dilancar petang ini

Program Imunisasi Covid-19 Selangor dilancar petang ini

0
Program Imunisasi Covid-19 Selangor dilancar petang ini

SHAH ALAM – Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Selangor akan dilancarkan di Auditorium Hospital Shah Alam, di sini pada Khamis.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Noor Azmi Ghazali pada jam 1 petang.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang telah bermula secara rasmi.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Februari (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama yang akan berlangsung hingga April depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here