SEPANG – Kerajaan menjangkakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama akan selesai pada April ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kumpulan pertama yang akan mengikuti program itu pada 24 Februari ini dengan menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin.
Perkara itu diumumkan Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada sidang akhbar secara maya sempena ketibaan kumpulan pertama vaksin di KLIA pada Ahad.
AKAN MENYUSUL