SEPANG – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula 26 Februari ini akan diawalkan kepada 24 Februari.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah akan menjadi individu awal menerima vaksin Pfizer-BioNTech itu.
Perkara itu diumumkan Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada sidang akhbar secara maya sempena ketibaan kumpulan pertama vaksin di KLIA pada Ahad.
AKAN MENYUSUL