PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menutup Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) susulan mengesan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas.
CITF memaklumkan PPV IDCC ditutup selama satu hari iaitu Selasa untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala, lakukan ujian saringan Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada awal pagi Selasa.
Badan itu berkata, janji temu yang ditetapkan pada hari ini akan dijadualkan semula kepada tarikh akan datang.
“Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-88934303,” katanya.