Home Koronavirus Polis terima laporan penipuan penjualan vaksin Covid-19

Polis terima laporan penipuan penjualan vaksin Covid-19

0
Polis terima laporan penipuan penjualan vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima dua laporan berkaitan penjualan vaksin Covid-19 yang membabitkan kerugian sebanyak RM285,499.95.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin covid-19 secara dalam talian.

“Walaupun pihak pengendalian perkhidmatan jualan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan itu, namun kita tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu penjualan vaksin Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zainuddin berkata, sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, pemberian vaksin Covid-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

“Justeru, sebarang tawaran penjualan vaksin ini oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan,” katanya.

Menurutnya, JSJK melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang cuba mengiklankan penjualan vaksin ini secara dalam talian.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zainuddin berkata, orang ramai perlu sentiasa berwaspada terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba ‘menangguk di air keruh’.

“Orang ramai juga harus sentiasa peka dengan pengumuman dan arahan-arahan dikeluarkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat yang tepat diperoleh berkaitan program vaksinasi ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here