KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan lagi dari 7 hingga 20 April ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah mendapati masih terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut.
AKAN MENYUSUL