PUTRAJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diarah untuk menyelaraskan pelaksanaan Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) di seluruh negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengoperasian pendekatan itu akan dilakukan Nadma melalui sekretariat Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah (JPBN/JPBD).
“ABC-19 digerakkan melalui pendekatan ‘Whole of Society’ oleh agensi kerajaan, kepimpinan komuniti dan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara,” katanya dalam ucapan Program Pemerkasaan Komuniti yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
AKAN MENYUSUL