Home Koronavirus Melayu percaya Illuminati: KJ

Melayu percaya Illuminati: KJ

Melayu percaya Illuminati: KJ

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak sikap segelintir orang Melayu yang menolak pengambilan vaksinasi Covid-19 tanpa alasan kukuh.

Menurutnya, ia adalah satu cabaran besar buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bukan kita hendak melihat isu ini dari segi perkauman tetapi angka itu sangat ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perbezaan bilangan penerima dos penggalak mengikut kaum di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya maklumat tersebut tidak diambil kira, kementerian tidak dapat melakukan intervensi dengan berkesan.

“Apa yang kita tahu sekarang ini keengganan menerima dos penggalak ataupun Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di kalangan masyarakat Melayu agak tinggi.

“Kita cuba juga sebab Melayu percaya Illuminati,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here