Home Koronavirus Majoriti OKU tidak takut suntik vaksin Covid-19: Ras Adiba

Majoriti OKU tidak takut suntik vaksin Covid-19: Ras Adiba

0
Majoriti OKU tidak takut suntik vaksin Covid-19: Ras Adiba

JOHOR BAHRU – Majoriti golongan orang kelainan upaya (OKU) tidak takut menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana sedar manfaatnya.

Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Ras Adiba Radzi berkata, kebanyakan ibu bapa atau penjaga mereka juga memberi maklum balas yang baik serta tidak sabar agar golongan itu divaksin.

“Walaupun pada waktu ini kami masih tidak mempunyai statistik berapa ramai individu OKU yang telah menerima vaksin, namun majoriti tidak menolak untuk disuntik.

“Majoriti golongan OKU tidak menolak vaksin Covid-19 kerana kami sudah biasa menerima rawatan termasuk suntikan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin di sini pada Rabu.

Hadir sama Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman dan Pengarah Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Khairun Ahmad.

Ras Adiba berkata, setakat Rabu, dianggarkan seramai 600,000 golongan OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Jelasnya, berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan sejumlah 15 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara adalah individu dalam kalangan OKU.

“Jika benar statistik ini, dianggarkan terdapat lebih empat juta warganegara ini merupakan OKU, namun kita tiada jumlah tepat,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, pembukaan PPV itu dilihat bertepatan sekali gus membantu mempercepat Johor mencapai imuniti kelompok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here