Home Koronavirus Lebih 12 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

Lebih 12 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

0
Lebih 12 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,022,117 individu dewasa atau 51.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat Selasa.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, sejumlah 22,925,383 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,227 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,788,724 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,902 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Selasa, 28,683 dos vaksin telah diberikan melibatkan 210 dos pertama, 288 sebagai dos kedua dan 28,185 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,601,771 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, tujuh kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Selasa, dengan masing-masing dua di Johor dan Selangor, manakala satu kematian direkodkan masing-masing di Pahang, Perak dan Terengganu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here