Home Koronavirus Kluster tempat kerja terus catat jumlah tertinggi

Kluster tempat kerja terus catat jumlah tertinggi

0
Kluster tempat kerja terus catat jumlah tertinggi

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Sebanyak 11 kluster baharu dikenal pasti dengan sembilan melibatkan tempat kerja, satu kluster komuniti di Melaka dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah di Selangor (Jalan Perubatan; Tapak Bina Jalan MP; Balakong Satu dan Jalan Utarid); Johor (Jalan DPB Lima); Kelantan (Jalan Bachok); Kedah (Jalan PKNK 1/6); Pahang (Sri Jelutung); dan Negeri Sembilan (Jalan Sikamat Lama).

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah keseluruhan kluster kini adalah 1,163 dengan 487 kluster aktif, manakala 13 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang tamat adalah 676.

Kluster yang tamat adalah Kluster Usaha, Kluster Jalan Timah Dua, Kluster Bukit Sekubong, Kluster Jalan Kinabenua, Kluster Tapak Bina Presint Tujuh, Kluster Jalan Sejahtera, Kluster Jalan Sulaman, Kluster Jalan Menerung, Kluster Tapak Bina Sri Petaling, Kluster Jalan Keluli, Kluster Kebor Air, Kluster Jalan Rantau-Siliau, dan Kluster Seri Lanang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here