Home Koronavirus KKM lulus pendaftaran bersyarat Moderna

KKM lulus pendaftaran bersyarat Moderna

KKM lulus pendaftaran bersyarat Moderna

PUTRAJAYA – Vaksin Covid-19, Spikevax keluaran Moderna telah diberi kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan merupakan Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) dari pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn Bhd dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol.

“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai berdasarkan data-data terkini dari masa ke masa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, langkah itu bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

“KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here