KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kes jangkitan semula Covid-19 dalam tempoh 20 hari selepas jangkitan pertama.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa ini, jangkitan semula itu dikesan menjadi trend di Denmark dan United Kingdom.
“Memang ada kes seperti ini dan pegawai saya pun (turut dijangkiti semula). Kita sedang meneliti sama ada perkara ini dapat dicegah. Setakat ini tiada vaksin yang mampu mencegah jangkitan semua Covid-19.
“Tetapi kebanyakan mereka yang dijangkiti semula dalam tempoh tersebut hanya mengalami gejala sederhana dan perlu isolasi,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.
(AKAN MENYUSUL)