Home Koronavirus KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin Covid-19

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin Covid-19

0
KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dengan kerjasama seorang pengamal perubatan berasal dari India merayu Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf penemuan rawatan baharu didakwa sebagai vaksin bagi merawat dan mencegah jangkitan Covid-19.

Pengerusi YKS, Dr Ammar Hassan berkata, permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 15 Mei lalu sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

Menurutnya, perjanjian persefahaman (MoU) juga ditandatangani pihaknya bersama pengasas vaksin berkenaan, Dr Alfred John Prem Raj dalam usaha mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Malaysia.

“Penemuan ini adalah satu kejayaan baharu jadi KKM perlu ambil peluang ini dengan serius. Kami mahu minta kerajaan iktiraf produk ini sebagai vaksin baharu dan boleh diguna pakai oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Vaksin yang hanya digunakan dengan kaedah semburan ini sudah dua tahun digerakkan dan diguna pakai oleh pesakit yang mendapat rawatan di klinik dikendalikan oleh Dr John.

“Kami bersedia untuk berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam masa terdekat agar penemuan baru ini dapat segera disahkan dari Malaysia dan menyelamatkan nyawa manusia,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Sementara itu, Dr John berkata vaksin berkenaan dinamakan sebagai NawsonVacc dihasilkan daripada campuran pelbagai ramuan berasaskan tumbuhan 100 peratus.

Dakwanya, lebih 8,000 pesakit telah menggunakan kaedah rawatan tersebut dan didapati mampu menghilangkan gejala Covid-19 dalam tempoh kurang seminit.

“NawsonVacc membunuh virus dalam tubuh badan manusia dan menghapuskan simptom sedia ada seperti demam, sakit tekak, batuk kering, sesak nafas, kehilangan deria baru dan rasa dan mencegah jangkitan Covid-19.

“Jika diberi peluang, dan produk ini dapat diluluskan untuk kegunaan rakyat Malaysia, saya boleh jadikan Malaysia sifar Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here