PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu terus melonjak kepada 3,788 kes berbanding 3,332 kes pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 408,713 kes.
Selangor juga terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,265 kes diikuti Sarawak (760) dan Kelantan (464).
AKAN MENYUSUL
Pecahan kes baharu (3,788) pic.twitter.com/Pos6sLIyKp
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 30, 2021