Home Koronavirus Kes positif Covid-19 seluruh dunia lebih 279.4 juta

Kes positif Covid-19 seluruh dunia lebih 279.4 juta

0
Kes positif Covid-19 seluruh dunia lebih 279.4 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini berjumlah 279.4 juta berikutan penambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 52 juta kes dan diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.

United Kingdom catat lebih 11 juta kes, manakala Rusia lebih 10 juta, sementara Turki dan Perancis kini catat lebih 9 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes dan Thailand dengan 2.2 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 277,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.39 juta.

Amerika Syarikat juga kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 816,000 kes dan diikuti Brazil dengan lebih 618,000 kes, India lebih 479,000 kes dan Mexico lebih 298,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 297,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 89,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 51,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here