KUALA LUMPUR – Kes harian positif Covid-19 negara kembali mencatatkan peningkatan dengan 3,683 kes positif Covid-19 pada Rabu berbanding 2,897 kes pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,750,516 kes.
AKAN MENYUSUL
Pada 29 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,683 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,750,516 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 29, 2021