SHAH ALAM – Malaysia terus menunjukkan lonjakan jumlah kes baharu Covid-19 apabila sebanyak 17,405 kes direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan di negara ini ialah 1,061,476.
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan kes baharu dengan 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur 2,880.