Home Koronavirus Kerajaan negeri perlu tubuh Taskforce Covid-19

Kerajaan negeri perlu tubuh Taskforce Covid-19

0
Kerajaan negeri perlu tubuh Taskforce Covid-19

KOTA BHARU – Kerajaan negeri disarankan menubuhkan pasukan bertindak (Task Force) Covid-19 bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan tugas-tugas pencegahan penularan wabak tersebut di negeri ini.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Kelantan (Awan), Dr Hafidzah Mustakim berkata, pasukan Task Force ini boleh membantu kerajaan mencapai sasaran yang dituju, terutamanya untuk mengalakkan masyarakat mendapatkan vaksin masing-masing.

“Kita tidak kekurangan pakar dan cerdik pandai dalam negeri Kelantan sekarang ni. Kita ada pakar di jabatan kerajaan dan di universiti yang boleh beri pandangan. Mereka ada jawapan bagaimana untuk kita lawan Covid-19 ini sekali gus dapat putuskan penularannya.

“Kepentingan Task Force adalah untuk bantu pelaksanaan kerajaan, sesuai dengan sasaran yang diharapkan. Penggemblengan tenaga boleh dilakukan melalui Task Force ini. Contohnya di saat kritikal kita melakukan vaksin terhadap warga emas, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh membantu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga boleh di tambah bagi setiap jajahan dengan bantuan pasukan Task Force tersebut, selari dengan vaksin yang akan sampai tidak lama lagi.

Malah katanya, ujian di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menghampiri tahap maksima dan kerajaan negeri juga boleh membeli kit ujian selain menjadikan fasiliti swasta sebagai rakan kongsi bagi melakukan saringan sekiranya kit ujian diberi percuma oleh kerajaan negeri.

“Kita pasti menang dalam menghadapi bencana Covid-19 ini. Namun bak kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, ‘Untuk menangani pandemik dengan efektif, Sains dan Kepimpinan mesti seiring’.

“Tentunya kita mahukan kepimpinan yang tegas penuh empati digabungkan dengan pasukan yang kompeten dalam bidang masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here