Home Koronavirus Keberkesanan vaksin Sputnik V terhadap Omicron diketahui 10 hari

Keberkesanan vaksin Sputnik V terhadap Omicron diketahui 10 hari

0
Keberkesanan vaksin Sputnik V terhadap Omicron diketahui 10 hari

MOSCOW – Ujian mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 Sputnik V Rusia terhadap varian Omicron akan mengambil masa 10 hari, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Gamaleya untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi, Alexander Gintsburg.

“Saya fikir 10 hari sudah cukup untuk menguji keberkesanannya,” kata Gintsburg.

Sebelum ini, Gintsburg memberitahu Sputnik bahawa institut Gamaleya mengesahkan bahawa pesakit yang dijangkiti Omicron yang tiba di Rusia dari Afrika Selatan telah menerima suntikan vaksin.

Gintsburg berkata, sebarang keputusan untuk menggantikan vaksin sedia ada hanya akan dibuat selepas data lengkap mengenai Omicron tersedia.

Untuk menghasilkan vaksin baharu ia akan mengambil masa tidak lebih 10 hari dan prosedur kawal selia pula memerlukan antara 45 hari dan dua bulan, kata Gintsburg. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here