PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 2,437 kes, selain merekodkan sembilan kematian baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 300,752 kes.
Sementara itu, kes sembuh yang dicatatkan dalam tempoh yang sama adalah 3,251 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 273,417 kes.
AKAN MENYUSUL