Home Koronavirus Empat mangsa banjir positif Covid-19 ditempatkan di PPS

Empat mangsa banjir positif Covid-19 ditempatkan di PPS

0
Empat mangsa banjir positif Covid-19 ditempatkan di PPS

JOHOR BAHRU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor membantu memindahkan mangsa banjir melibatkan sebuah keluarga di Segamat yang dikesan positif Covid-19 ke pusat pemindahan sementara (PPS), pada Isnin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita masing-masing berusia 32 dan 31 tahun bersama dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan empat tahun.

“Mereka dipindahkan dari rumah di Kampung Batu Bakar, Buloh Kasap ke PPS di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat jam 11.30 pagi. Mereka dipindahkan atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan sebelum ini menjalani kuarantin di rumah.

“Empat beranak tersebut dibawa seorang pegawai dan tujuh anggota APM dengan pakaian kelengkapan diri (PPE) menggunakan aset APM selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bersama agensi lain mengambil langkah ketat dan berjaga-jaga dengan proses kemasukan mangsa ke PPS pada musim pandemik Covid-19 untuk mengelakkan wujud kluster atau penularan wabak di PPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here