KUALA LUMPUR – Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Selasa, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.
Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan pada Selasa melibatkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,434,613.
Setakat Selasa juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 82 peratus atau 2,581,280 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 22,692 dos penggalak vaksin Covid-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 146,469. – Bernama