KUALA LUMPUR – Jumlah jangkitan baharu positif Covid-19 menurun kepada 1,680 kes pada Sabtu berbanding 2,154 kes pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun jumlah kematian meningkat satu Angkatan berbanding semalam dengan tujuh kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan bilangan yang meninggal dunia akibat virus itu di negara ini 1,166 orang.
Katanya, kes sembuh yang dicatat hari ini 2,548 orang, iaitu lebih tinggi daripada kes baharu yang dilaporkan.
AKAN MENYUSUL