Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global lebih 277.8 juta, korban 5.38 juta

Covid-19: Kes positif global lebih 277.8 juta, korban 5.38 juta

0
Covid-19: Kes positif global lebih 277.8 juta, korban 5.38 juta

Covid-19: Kes positif seluruh dunia lebih 277.8 juta, korban 5.38 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 277 juta, berikutan lebih 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Bilangan kes Covid-19 global kini berjumlah 277.8 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 51.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.

United Kingdom catat lebih 11 juta kes manakala Rusia lebih 10 juta dan Turki kini catat lebih 9 juta kes.

Perancis pula mencatatkan kes hampiri 9 juta sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes dan Thailand dengan 2.2 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 276,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.38 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 812,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 618,000 kes, India lebih 478,000 kes dan Mexico lebih 298,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 295,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 50,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here