Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global 281 juta, angka korban 5.4 juta

Covid-19: Kes positif global 281 juta, angka korban 5.4 juta

0
Covid-19: Kes positif global 281 juta, angka korban 5.4 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini menghampiri 281 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes Covid-19 global kini mencecah 280,848,168.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 52.5 juta kes.

United Kingdom mencatat 12 juta kes, manakala Rusia lebih 10 juta sementara Turki dan Perancis kini mencatat lebih 9 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes, Thailand 2.2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 278,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.4 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 817,396 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 618,732 kes, India 479,997 kes, Rusia 299,077 kes manakala Mexico 298,777 kes.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 89,000 kes ialah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 51,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here