JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 254.2 juta, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 47 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.9 juta kes.
United Kingdom kini catat lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 241,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.113 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 765,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 611,000 kes, India lebih 463,000 kes dan Mexico dengan lebih 291,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 253,000 kes kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 97,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 45,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban. – Awani