SHAH ALAM – Kes harian positif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 4,362 kes baharu dilaporkan pada Jumaat berbanding 4,262 kes pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,711,764 kes.
Melalui maklumat dikongsikan di Twitternya, beliau memberitahu maklumat terperinci berhubung kes terbaharu itu akan dimuat naik ke laman CovidNow.
AKAN MENYUSUL
Pada 17 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,362 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,711,764 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 17, 2021