Home Koronavirus Covid-19: 991 kes baharu, lima kematian

Covid-19: 991 kes baharu, lima kematian

0
Covid-19: 991 kes baharu, lima kematian

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 991 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan tiga daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,800 kes manakala kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 16,049 kes dengan 15,011 atau 93.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 985 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 53 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 29 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 1,460 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,964,167 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here