PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 9,890 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis.
Tiga negeri merekodkan jangkitan tertinggi adalah Sarawak 1,413 kes disusuli Selangor (1,402) dan Kelantan sebanyak 1,032 kes.
Johor pula mencatatkan 993 kes, Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721), Terengganu (699), Pahang (564), Kedah (250), Melaka (260) dan Kuala Lumpur (250).
Perlis merekodkan jangkitan harian tertinggi di negeri itu dengan 200 kes dan Putrajaya (50), manakala sifar kes di Labuan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,313,727.