Home Koronavirus Covid-19: 721 kes baharu, dua kematian direkod

Covid-19: 721 kes baharu, dua kematian direkod

0
Covid-19: 721 kes baharu, dua kematian direkod

721 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tiga daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 721 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, namun tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,808 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 15,541 kes, dengan 14,812 atau 95.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 685 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 23 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 914 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,966,235 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here