KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,364 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Sabtu dengan 10 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 298,315 kes.
Sementara itu, sebanyak 3,320 kes sembuh dilaporkan hari ini mengatasi kes baharu yang direkodkan.
Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 862 diikuti Johor (314), Perak (305), Sarawak (255) dan Sabah dengan 157 kes.
AKAN MENYUSUL