KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,638 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,631 kes adalah penularan tempatan manakala baki tujuh kes merupakan kes import.
Dr Noor Hisham berkata, negeri yang mencatat kes paling tinggi hari ini ialah Perak dengan 494 kes, diikuti Selangor (352); Sarawak (290).
AKAN MENYUSUL
#COVID19 Pecahan kes baharu mengikut negeri, 3 April 2021. pic.twitter.com/GYrUmbcM1Y
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 3, 2021