KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian baharu Covid-19 di seluruh negara merekodkan 1,294 kes sepanjang tempoh 24 jam ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaru direkodkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 347,972 kes.
Sementara itu, Selangor masih merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 455 kes diikuti Pulau Pinang (139) dan Johor (103).