PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 negara merekodkan peningkatan melebihi 6,000 meskipun negara melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), sejak 1Jun lalu.
Terbaharu, sebanyak 6,437 kes baharu direkodkan pada Selasa berbanding 5,218 pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhannya, 745,703.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 2,299 manakala Wilayah Persekutuan (1,361).
Negeri Sembilan turut mencatatkan peningkatan apabila 700 kes direkodkan hari ini berbanding 629 pada Isnin.
“Kedah merekodkan 284 kes, sementara Johor (271), Melaka (252) dan Pahang (250).
“Perak 184 kes, Sabah (178), Sarawak (242) Kelantan (131), Pulau Pinang (115) Labuan (117), Putrajaya (32) dan Terengganu (21),” ciapnya di Twitter pada Selasa.
AKAN MENYUSUL
Sehingga 29 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,437 kes (745,703 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,299 (245,915)
WPKL – 1,361 (77,053)
Johor – 271 (70,525)
Sabah – 178 (69,203)
Sarawak – 242 (64,475)
Negeri Sembilan – 700 (44,236) pic.twitter.com/YOqVae5zG3
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 29, 2021