PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 6,377 kes positif baharu Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter berkata, bilangan kes itu menyumbang kepada 2,454,749 kes positif di Malaysia.
Bilangan kes yang dilaporkan hari ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 6,148 yang dikesan semalam.
AKAN MENYUSUL