KUALA LUMPUR – Sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada Isnin adalah jumlah tertinggi yang pernah diberikan dalam sehari.
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 157,445 adalah dos kedua.
Sebelum ini jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lalu. – Bernama
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 pada 12 Julai 2021 ialah 421,479 dos, yang tertinggi setakat ini.
Dos 1 : 264,034
Dos 2 : 157,445
Sila daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/rqQN7bc0Vl
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 13, 2021