KUALA LUMPUR- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak bermula esok (3 April) hingga 16 April.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuatkan berdasarkan penilaian kes positif di kesemua lokaliti terbabit.