SERDANG- Kira-kira 3.5 peratus atau 25,770 daripada 740,226 penerima vaksin Covid-19 di negara ini dikesan mengalami kesan sampingan setakat Rabu lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kesan sampingan yang dipantau sejak dari permulaan pemberian vaksin Covid-19 adalah meliputi kesan ringan selepas menerima vaksinasi.
“Antara kesan ringan yang dialami penerima vaksin adalah sakit di tempat suntikan, demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya, sakit di sendi dan sengal-sengal di badan,” katanya.
AKAN MENYUSUL