Home Koronavirus 246 peniaga, pekerja Kiara Square jalani ujian calitan Covid-19

246 peniaga, pekerja Kiara Square jalani ujian calitan Covid-19

0
246 peniaga, pekerja Kiara Square jalani ujian calitan Covid-19

JEMPOL – Seramai 246 peniaga dan pekerja di Kiara Square, Bahau akan menjalani ujian saringan Covid-19 secara berperingkat bermula Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, ia berikutan terdapat lima kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan kakitangan pengurusan Kiara Square dan pekerja kepada peniaga di situ.

Menurutnya, pusat perniagaan berkenaan akan ditutup selama tiga hari bermula Rabu.

“Anggota bomba dan penyelamat juga akan melakukan proses sanitasi pada Rabu.

“Ujian calitan akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bermula jam 10 pagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Syahrul Nizam berkata, PKD akan menghubungi mereka yang dikenal pasti sebelum diminta menjalani ujian.

“Setakat ini, terdapat 28 kes positif Covid-19 di daerah ini direkodkan dalam tempoh 15 hari lalu.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus kekal di rumah dan jangan panik walaupun kes Covid-19 di Jempol ada peningkatan namun ia masih dapat dikawal. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) jika berada di luar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here