Home Koronavirus 2,090 kes baharu Covid-19, tiga kematian

2,090 kes baharu Covid-19, tiga kematian

0
2,090 kes baharu Covid-19, tiga kematian
Sebanyak 2,090 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis. – Foto 123RF

SHAH ALAM – Sebanyak 2,090 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat wabak tersebut kini sebanyak 36,410 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini adalah sebanyak 22,804 kes, dengan 21,855 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sementara seramai 916 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 33 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama, kes sembuh direkodkan pada Khamis ialah 1,428 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,802,012 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here