Home Koronavirus 19,733 kes baharu, lebih 3,000 positif di Sarawak

19,733 kes baharu, lebih 3,000 positif di Sarawak

0
19,733 kes baharu, lebih 3,000 positif di Sarawak

SHAH ALAM – Sebanyak 19,733 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dalam negara pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,900,467 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, negeri Sarawak mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 3,100 kes.

Menurutnya, tiga negeri mencatatkan jumlah kes melebihi 2,000 iaitu Selangor dengan 2,989 kes diikuti Pulau Pinang (2,474 kes) dan Sabah (2,067 kes).

Negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes melebihi 1,000 pula ialah Johor sebanyak 1,867 kes, Kedah (1,564 kes), Kelantan ( 1,471 kes) dan Perak (1,319 kes).

Sementara negeri-negeri yang merekodkan kes di bawah 1,000 ialah Terengganu dengan 904 kes, Pahang (700 kes), WP Kuala Lumpur (537 kes), Melaka (375 kes), Negeri Sembilan (256 kes), Perlis (74 kes), WP Putrajaya (29 kes) dan WP Labuan (7 kes).

Sehingga 8 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,733 kes (1,900,467 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,989 (630,575)

WPKL – 537 (178,157)

Sabah – 2,067 (165,439)

Johor – 1,867 (155,500)

Sarawak – 3,100 (140,912)

Kedah – 1,564 (112,118)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 8, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here