KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu harian Covid-19 di Malaysia terus merekodkan penurunan di bawah 2,000 dengan 1,327 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu juga, empat kematian dan 1,247 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 317,289.
Sementara itu, jumlah kumulatif kes baharu setakat ini ialah 333,040 manakala jumlah kumulatif kematian pula ialah 1,233 orang.
AKAN MENYUSUL
Status Terkini #COVID19, 21 Mac 2021
Kes sembuh= 1,247
Jumlah kes sembuh=317,289
Kes baharu positif=1,327 (1,316 tempatan, 11 import)
Jumlah positif=333,040
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=1,233
Kes dirawat di ICU=154
Bantuan Alat Pernafasan=65 pic.twitter.com/7ZvOAK5ltM
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 21, 2021