Home Kemelut politik Melaka

Kemelut politik Melaka

4 Oktober 2021 (Isnin)

Kemelut politik Melaka bermula dengan penarikan sokongan empat ADUN kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober 2021, menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh.

Mereka adalah bekas KM Melaka Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundur), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pangkalan Batu), dan Noor Effendi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Punca penarikan sokongan seperti didakwa Idris adalah kerana wujud campur tangan terhadap pentadbiran Datuk Seri Sulaiman Md Ali seperti yang diungkapkannya apabila memetik peribahasa Cina, “ada dua singa di atas satu gunung,” sebelum ditambah Nor Azman Hassan bahawa sebenarnya ada tiga “singa” dalam pentadbiran tertinggi negeri Melaka.

Individu yang dikaitkan sebagai ‘singa’ kedua selain Sulaiman adalah Speaker DUN Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, manakala ‘singa’ ketiga tidak didedahkan Nor Azman.

[vc_video link=”https://www.youtube.com/watch?v=F3O5lV8lqJ4″ align=”center”]

Empat ADUN tesebut kemudiannya menyertai sidang media bersama-sama ADUN-ADUN Pakatan Harapan seramai 11 orang pada 4 Oktober menyatakan mereka akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama (TYT) negeri, Tun Mohd Ali Rustam bagi membincangkan penyelesaian kepada kemelut politik negeri.

Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut tidak dapat diadakan kerana Tun Ali Rustam menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19, seperti yang dinyatakan pegawai beliau. Dinyatakan juga bahawa Tun Ali hanya bersedia untuk pertemuan pada 7 Oktober.

Namun, Sulaiman bertindak lebih pantas mengutus surat kepada Tun Ali sejurus mendapati beliau tiada lagi sokongan majoriti ADUN. Selain memaklumkan perkara tersebut kepada Tun Ali, Sulaiman juga menasihati baginda untuk membubarkan DUN. Tun bersetuju, dan DUN dibubarkan pada hari yang sama, 4 Oktober.

5 Oktober 2021 (Selasa)

Walau bagaimanapun, keputusan pembubaran hanya diketahui keesokannya, 5 Oktober dalam sidang media Speaker DUN Melaka, Ab Rauf Yusoh.

Bertempat di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh yang merupakan pusat pentadbiran negeri , Rauf mengumumkan pembubaran DUN Melaka dan selepas itu menyerahkan Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka, Rudy Rohan Johan @ Ganesan, disaksikan Setiausaha Kerajaan Melaka, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Rauf juga memaklumkan Sulaiman akan mengetuai kerajaan Melaka secara ‘caretaker’.

Langkah tersebut yang memungkinkan berlakunya Pilihan Ray a Negeri (PRN) barangkali mengejutkan PH dan empat ADUN, di mana Nor Azman dalam sidang media bersama-sama PH ada mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Tinjauan Sinar dapati penduduk Melaka tak setuju PRN diadakan, bimbang pengalaman PRN Sabah berulang.

Susulan daripada itu, PH membantah tindakan tersebut. Ada dua perkara yang dibantah PH. Pertama, membantah pelantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri caretaker. Bagi tujuan itu, PH akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan pengumuman yang dibuat Rauf itu.

Kedua, PH juga membantah permohonan Sulaiman kepada TYT untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

PH dan dua ADUN4 mengutus surat ke Istana Negara memohon SPB YDPA menarik balik pembubaran DUN yang membuka laluan bagi pilihan raya di Melaka.

Html code here! Replace this with any non empty text and that's it.

6 Oktober 2021 (Rabu)

UMNO memecat keahlian Idris dan Nor Azman manakala BERSATU memecat Noor Effendi.

Rauf mendedahkan beliau, atas kapasiti pengerusi UMNO negeri ada bertemu pimpinan DAP Melaka pada malam sebelum ADUN4 mengisytiharkan penarikan sokongan terhadap KM, membincangkan kerjasama bipartisan bagi menyelamatkan kerajaan negeri daripada jatuh. Tawaran yang diberi kepada DAP itu walau bagaimanapun katanya, ditolak.

[vc_video link=”https://www.youtube.com/watch?v=cVEPBvfsvUY” el_width=”90″ align=”center”]

7 Oktober 2021 (Khamis)

PH dan dua ADUN4 mengutus surat ke Istana Negara memohon SPB YDPA menarik balik pembubaran DUN yang membuka laluan bagi pilihan raya di Melaka.

SU Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan sama ada UMNO akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN akan diputuskan pada 14 Oktober.

8 Oktober 2021 (Jumaat)

Bekas ADUN Kota Laksamana dari DAP, meminta surat PH kepada Istana Negara ditarik semula kerana tidak merujuk beliau sebagai 11 ADUN PH Melaka yang dinamakan dalam surat tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet akan membuat keputusan minggu depan berhubung keputusan sama ada akan meneruskan PRN di Melaka atau tidak.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.