Home Individu 2020 Srikandi pejuang OKU

Srikandi pejuang OKU

0
Srikandi pejuang OKU
Senator Ras Adiba Radzi, 52 tahun

Menjadi wakil orang kurang upaya (OKU) di Parlimen, pemilihan Ras Adiba Radzi sebagai Senator pada bulan Mei lalu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bekas personaliti penyiaran itu terus menempa sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam sejarah 53 tahun agensi berita itu.

Berbekal pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia pemberitaan, wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu diberi kepercayaan untuk memperhebatkan lagi produk berita Bernama.

Menurutnya, pelantikan tersebut merupakan penghargaan kepada wanita dan komuniti OKU.

Untuk rekod, Senator Ras Adiba juga merupakan atlet para negara serta mengetuai OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here