Info Sinar

Kolej Mara Banting bentuk generasi berprinsip, bukan sekadar cemerlang akademik
Jelajah Antirasuah IPMA 2026 dianjurkan dengan kerjasama Mara dan Rasuah Busters disertai hampir 200 pelajar termasuk dari International Baccalaureate Special Track.

Arfaseela

Ahmad Zuriat

BANTING – Integriti menjadi asas penting dalam membentuk ekosistem pendidikan berkualiti selain melahirkan graduan yang diyakini di peringkat global.

Pengarah Kolej Mara Banting (KMB), Arfaseela Amiruddin berkata, dalam dunia pendidikan yang semakin kompetitif, kecemerlangan akademik sahaja tidak lagi mencukupi dan apa yang membezakan seseorang graduan di pentas antarabangsa ialah kekuatan nilai integriti dan jati diri yang dibawa bersama.

**media[3596375]**

Menurutnya, di KMB, integriti bukan sekadar slogan atau poster yang menghiasi dinding kampus, sebaliknya menjadi budaya yang diterapkan dalam setiap aspek pengurusan, pembelajaran dan kehidupan warga kolej.

“Sebagai sebuah institusi yang melahirkan pelajar untuk program antarabangsa seperti International Baccalaureate, penerapan nilai integriti amat kritikal bagi memastikan produk yang kita hasilkan mampu bersaing di peringkat global dengan reputasi yang holistik.

“Pembinaan budaya integriti bermula daripada warga kerja institusi sendiri. Pensyarah, pentadbir dan seluruh kakitangan memainkan peranan sebagai arkitek utama dalam membentuk persekitaran yang menjunjung amanah, ketelusan dan profesionalisme,” katanya kepada Rasuah Busters selepas program Jelajah Antirasuah IPMA 2026 baru-baru ini.

Jelajah antirasuah berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rasuah Busters, disertai hampir 200 pelajar termasuk pelajar International Baccalaureate Special Track (IBST).

Program tersebut turut diadakan dengan pengisian ceramah integriti yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Menurut Arfaseela, integriti dalam kalangan kakitangan bukan sahaja merangkumi ketelusan dalam proses pemarkahan akademik malah melibatkan akauntabiliti dalam pengurusan, kejujuran dalam membuat keputusan serta komitmen melaksanakan tugas secara beretika.

“Sebagai pendidik dan mentor, kami merupakan suri teladan paling hampir kepada pelajar. Apabila warga kerja mengamalkan budaya kerja yang amanah, cekap dan telus, nilai tersebut akan dipelajari secara semula jadi oleh pelajar,” jelas beliau.

Beliau turut menekankan pelajar KMB merupakan bakal pemimpin dan profesional masa hadapan yang akan menyambung pengajian di universiti-universiti terkemuka luar negara.

Oleh itu, tegasnya, integriti akademik perlu dibina sejak awal agar mereka mampu membawa nama negara dengan penuh tanggungjawab.

“Amalan seperti menjauhi plagiarisme, bersikap jujur ketika peperiksaan, menghormati hak intelek serta memiliki disiplin diri yang tinggi merupakan asas penting dalam membentuk graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu malah mempunyai kredibiliti yang tinggi.

“Bagi saya, kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan atau pencapaian akademik, tetapi sejauh mana seseorang itu mampu mempertahankan prinsip dan nilai ketika berhadapan dengan cabaran kehidupan.

“Kami mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berprinsip. Apabila mereka berada di perantauan kelak, nilai integriti dan jati diri inilah yang akan menjaga nama baik diri, keluarga, institusi, Mara dan negara,” katanya.

Beliau berharap seluruh warga Kolej Mara Banting akan terus mempertahankan budaya integriti sebagai identiti institusi, sekali gus membuktikan bahawa kecemerlangan pendidikan yang sebenar lahir daripada gabungan ilmu, sahsiah dan nilai yang kukuh.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Unit Integriti Mara, Ahmad Zuriat Ahmad Tejuddin berkata, sambutan luar biasa daripada pelajar dengan mencatatkan kehadiran 100 peratus membuktikan komitmen tinggi warga KMB terhadap usaha memperkukuh budaya integriti dalam kalangan generasi muda.

**media[3596374]**

Apa yang lebih membanggakan, katanya, pengisian yang dibawakan oleh Rasuah Busters bukan sekadar memberi pendedahan mengenai bahaya rasuah, malah berjaya menyentuh hati dan pemikiran para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata, sebagai pelajar yang akan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa, mereka memikul tanggungjawab besar untuk menjadi contoh kepada masyarakat global, bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik, malah melalui akhlak, etika dan integriti.

“Program Rasuah Busters ini mengukuhkan lagi prinsip-prinsip integriti dalam diri para pelajar. Apabila mereka berada di luar negara kelak, mereka bukan sahaja mewakili diri sendiri atau institusi, tetapi juga membawa nama baik Malaysia.

“Nilai amanah, kejujuran dan integriti yang diterapkan melalui program ini pasti mampu membentuk generasi pemimpin masa depan yang berpegang teguh kepada prinsip sekali gus menjadi duta kecil negara yang mengharumkan nama Malaysia melalui sahsiah dan budi pekerti yang tinggi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Rasuah Busters atas komitmen berterusan dalam menyebarkan mesej antirasuah dan membudayakan integriti dalam kalangan generasi muda.

“Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan kerana pembentukan masyarakat yang bebas rasuah bermula dengan pendidikan dan pembinaan nilai dalam diri anak-anak muda hari ini,” katanya.

Sementara itu, Nurhayati turut berkongsi amalan whistleblowing atau pendedahan salah laku merupakan instrumen penting dalam membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Namun, ujarnya, tindakan tersebut mestilah dibuat secara bertanggungjawab, berdasarkan bukti yang sahih dan melalui saluran yang betul bukannya berasaskan sangkaan atau tuduhan tidak berasas.

“Kita mesti bersedia untuk menegakkan kebenaran, tetapi bukan dengan cara memfitnah. Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara.

“Dalam memperjuangkan sesuatu yang benar, kaedah yang digunakan juga mestilah benar. Niat yang baik tidak boleh dijadikan alasan untuk menggunakan pendekatan yang salah atau melanggar prinsip etika,” katanya.

Selain itu, tegas beliau, budaya komunikasi yang beradab perlu sentiasa dipelihara serta menyampaikan pandangan atau menegur kesalahan tidak seharusnya dilakukan dengan bahasa yang kasar, menghina atau menjatuhkan maruah orang lain.

Sebaliknya, beliau berkata, masyarakat digalakkan menggunakan kata-kata positif, mengamalkan kebijaksanaan serta hikmah dalam setiap tindakan.

Beliau turut menggariskan tiga pendekatan utama yang perlu menjadi panduan dalam usaha membawa perubahan, iaitu engage, empower dan reform yang melibatkan masyarakat, memperkasa individu serta melaksanakan pembaharuan secara berterusan.

Namun, beliau menegaskan perubahan yang sebenar bermula daripada diri sendiri.

“Sebelum berusaha mengubah masyarakat, setiap individu perlu bermuhasabah dan mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki dalam diri masing-masing.

“Transformasi tidak akan berjaya jika kita hanya melihat kelemahan orang lain tanpa memperbaiki kelemahan diri sendiri. Perubahan yang besar sentiasa bermula dengan perubahan peribadi,” katanya.

Beliau berharap masyarakat Malaysia akan terus membina budaya integriti yang mampu melahirkan komuniti bertaraf global, membawa rahmat kepada seluruh alam serta menyumbang ke arah sebuah Malaysia yang lebih adil, berintegriti dan dihormati di peringkat antarabangsa.

KHSB, Rasuah Busters jalin kerjasama PSA perkasa budaya antirasuah
Mahizun (dua dari kanan), Ahmad Aftas (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin (kanan) bergambar ketika pertemuan bagi membincangkan kerjasama strategik antara ketiga-tiga pihak.

SHAH ALAM – Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) memperkukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi kerjasama strategik bersama Rasuah Busters dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bagi membudayakan integriti serta meningkatkan kesedaran antirasuah dalam kalangan generasi muda.

Ketua Komunikasi Korporat & CSR KHSB, Mahizun Saidin berkata, inisiatif itu merupakan usaha awal untuk mempersiapkan mahasiswa sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan khususnya dalam sektor korporat yang menuntut tahap profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tinggi.

Menurutnya, program tersebut bukan sekadar memberi pendedahan mengenai definisi rasuah malah bertujuan membentuk nilai dan prinsip yang akan menjadi benteng kepada golongan muda apabila berhadapan dengan cabaran dunia pekerjaan.

“Kerjasama strategik ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat KHSB. Bersama Rasuah Busters dan PSA, kita mahu memperkasakan budaya integriti dalam kalangan generasi muda, khususnya mahasiswa yang bakal memasuki dunia korporat.

“Objektif utama program ini untuk menyemai kesedaran mengenai bahaya rasuah sejak di bangku pengajian agar mahasiswa memahami bahawa integriti merupakan aset paling berharga dalam membina kerjaya dan kehidupan.

“Kita mahu mereka mengenali apa itu rasuah, memahami kesan buruknya kepada individu, organisasi dan negara, serta membentuk sikap yang berani menolak dan menjauhi sebarang bentuk salah guna kuasa,” katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.

Menurut Mahizun, pendedahan awal amat penting kerana mahasiswa hari ini merupakan bakal tenaga kerja, pemimpin dan pembuat keputusan pada masa hadapan.

Ujarnya, usaha membina masyarakat bebas rasuah memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi pendidikan dan pertubuhan masyarakat sivil.

“Apabila mereka memasuki sektor korporat nanti, kita berharap mereka sudah mempunyai prinsip yang kukuh, memahami nilai integriti dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang bercanggah dengan etika,” katanya.

Sehubungan itu, KHSB berharap kerjasama bersama Rasuah Busters tidak terhenti di PSA sahaja malah dapat diperluaskan ke lebih banyak institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Jelasnya, pendidikan integriti perlu diperkasakan secara berterusan kerana mahasiswa hari ini ialah pemimpin dan profesional yang akan mencorakkan masa depan negara.

Beliau percaya pelaburan dalam pendidikan integriti merupakan langkah strategik bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan profesional, malah memiliki keberanian moral untuk menolak rasuah serta mempertahankan amanah dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

Menurutnya, usaha membina budaya integriti perlu bermula sebelum seseorang memasuki alam pekerjaan kerana nilai yang diterapkan sejak awal akan menjadi asas kepada pembentukan organisasi yang lebih telus, beretika dan bebas daripada rasuah pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Akademik PSA, Dr Ahmad Aftas Azman berkata, kerjasama tersebut menjadi satu nilai tambah kepada usaha institusi itu yang sememangnya menjadikan integriti sebagai agenda tahunan.

“Hasil perbincangan antara KHSB, Rasuah Busters dan PSA, kita telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan program berkaitan antirasuah di politeknik ini pada 20 Ogos depan. Program tersebut dijangka melibatkan kira-kira 600 peserta,” katanya.

Ujar beliau, PSA sememangnya menganjurkan pelbagai program sempena Bulan Integriti setiap tahun termasuk kerjasama bersama agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Rasuah Busters dan rakan strategik korporat seperti KHSB dilihat mampu memberi dimensi baharu kepada pendekatan pendidikan integriti.

“Program berkaitan integriti dan antirasuah memang telah menjadi sebahagian daripada aktiviti tahunan di PSA. Sebelum ini kita banyak bekerjasama dengan SPRM, tetapi kali ini kerjasama bersama KHSB dan Rasuah Busters pastinya memberi nilai tambah kepada usaha yang telah kita laksanakan.

“Kami amat berbesar hati dan menerima kerjasama ini dengan tangan terbuka. Ini menunjukkan usaha membanteras rasuah memerlukan sokongan pelbagai pihak, bukan hanya institusi pendidikan atau agensi penguat kuasa semata-mata,” katanya.

Beliau berharap program tersebut bukan sekadar memberi pendedahan mengenai definisi dan bentuk-bentuk rasuah, malah mampu membina kefahaman yang lebih mendalam tentang tanggungjawab setiap individu dalam mencegah gejala berkenaan.

“Harapan saya, peserta yang dipilih nanti akan mengikuti program ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka bukan sahaja akan lebih memahami apakah itu rasuah dan bagaimana ia boleh dicegah, malah menjadi lebih peka terhadap risiko salah laku serta lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan,” katanya.

Menurut beliau, usaha memupuk integriti dalam kalangan pelajar merupakan pelaburan jangka panjang bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal, malah berpegang teguh kepada nilai amanah, etika dan profesionalisme apabila memasuki alam pekerjaan.

Usaha perkasa integriti perlu komitmen semua agensi – JBPM
Nor Hisham (tengah) bersama panel dan moderator program bicara selepas merasmikan BiGIAR 2026 yang berlangsung di Auditorium Dahlia Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

SHAH ALAM – Usaha memperkasakan integriti tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama strategik dan komitmen bersama semua agensi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, ia bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa telus, berakauntabiliti dan bebas daripada unsur rasuah.

Menurutnya, pemerkasaan tatakelola yang baik tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian atau dalam ruang silo yang terasing.

“Melalui Program Bicara Governan, Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) ini, kita menghimpunkan pelbagai agensi untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan selain memperkukuh kerjasama strategik sebagai benteng utama dalam membanteras ketirisan, rasuah selain salah guna kuasa.

“Kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui kecekapan operasinya tetapi bergantung kepada tahap integriti yang menjadi asas kepada setiap keputusan dan tindakan.

“Apabila integriti dipelihara, kepercayaan akan terbina. Apabila kepercayaan kukuh, organisasi akan menjadi lebih mantap dan berdaya tahan,” katanya ketika merasmikan BiGIAR 2026 yang berlangsung di Auditorium Dahlia Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat.

BiGIAR 2026 bertema Integriti Diperkasa, Governan Dijulang, Rasuah Ditolak menampilkan Pengarah Pusat Integriti Sektor Integriti & Awam (PISPA), Mohd Rasi Ramli dan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Governan Nasional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Gunawan Che Ab Aziz sebagai panel serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin sebagai moderator.

Program yang menghimpunkan 200 peserta secara fizikal itu turut disertai wakil daripada agensi kerajaan dan penguatkuasa di peringkat negeri serta Persekutuan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, BiGIAR telah merekodkan penyertaan keseluruhan melebihi 10,000 peserta sekali gus membuktikan keberkesanannya sebagai platform memperkukuh budaya integriti dan governan dalam sektor awam.

Tambah Nor Hisham, sebagai sebuah agensi penguat kuasa, JBPM sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko salah laku termasuk penyalahgunaan kuasa, kebocoran maklumat operasi, ketidakadilan dalam pelaksanaan undang-undang dan konflik kepentingan.

**media[3581344]**

Justeru, katanya, pelaksanaan pelbagai mekanisme pencegahan menjadi keutamaan jabatan bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti.

“Sehubungan itu, JBPM terus perkukuh ekosistem integriti melalui pelbagai inisiatif termasuk penyertaan dalam Anugerah Integriti, Governan dan Anti Rasuah (AIGA), pelaksanaan Pertandingan Integriti, Governan dan Anti Rasuah (PIGA), pembangunan Sistem eAduan Integriti.

“Selain itu, pembangunan Sistem eLiabilti bagi pemantauan keterhutangan serius dalam kalangan pegawai serta pendigitalan pengurusan operasi menerusi Sistem C4i (Command, Control, Communications, Computers and Intelligence).

“JBPM turut mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila memperoleh pengiktirafan Tahap Kesihatan Unggul dalam penilaian Sistem Pengurusan Integriti dan Governan (SPINE) oleh Institut Integriti Malaysia pada 25 Jun 2026,” katanya.

Menurut beliau, pengiktirafan tersebut membuktikan integriti dalam JBPM bukan lagi sekadar aspirasi sebaliknya telah diterjemahkan sebagai budaya kerja yang diamalkan di seluruh organisasi.

Jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, JBPM merekodkan sebanyak 84 aduan yang diterima melalui pelbagai saluran termasuk Sistem eAduan Integriti, emel, surat, telefon dan hadir sendiri ke pejabat.

“Peningkatan jumlah aduan dilihat sebagai petanda positif terhadap tahap kesedaran warga jabatan, masyarakat serta pemegang taruh untuk melaporkan salah laku, di samping keberkesanan pelaksanaan dasar pemberi maklumat.

“Dalam tempoh sama, jabatan merekodkan 15 kes tatatertib iaitu penurunan sebanyak 25 peratus berbanding tempoh enam bulan pertama tahun lalu hasil pemantauan berterusan, pelaksanaan program kesedaran integriti serta naziran pematuhan di balai-balai bomba terpilih,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh warga perkhidmatan awam supaya menjadikan integriti sebagai budaya kerja yang sentiasa dipelihara, khususnya dalam era pendigitalan dan kecerdasan buatan.

Jelajah Antirasuah MARA diteruskan perkukuh budaya integriti
Shuhaimi

KUALA LUMPUR – Usaha membina Malaysia bebas rasuah tidak hanya bermula ketika seseorang memasuki alam pekerjaan semata-mata sebaliknya ia perlu dipupuk sejak di bangku sekolah dan institusi pendidikan.

Ketua Unit Integriti, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Shuhaimi Man berkata, bagi memenuhi usaha tersebut, pihaknya meneruskan Program Jelajah Antirasuah yang kini telah memasuki tahun ke empat.

Menurutnya, program tahunan yang dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Rasuah Busters itu memainkan peranan menyampaikan mesej integriti melalui pendekatan interaktif dan dekat dengan golongan muda.

“Program ini bukan sekadar memenuhi fungsi organisasi tetapi merupakan komitmen berterusan kami dalam membudayakan integriti sebagai asas kepada setiap tindakan dan keputusan.

“Tujuan utamanya adalah untuk memperbudayakan integriti bukan sahaja dalam kalangan warga MARA, malah kepada semua pihak berkepentingan termasuk para pelajar. Integriti perlu dibina sejak awal kerana mereka ialah generasi yang akan mencorakkan masa depan negara,” katanya kepada Rasuah Busters.

Jelajah Antirasuah MARA akan bermula pada 8 Julai ini melibatkan beberapa institusi pendidikan MARA merangkumi zon Tengah, Pantai Timur dan Selatan.

Tambah Shuhaimi, pendidikan awal mengenai integriti amat penting kerana pembentukan sahsiah tidak berlaku dalam tempoh yang singkat.

Ujarnya, generasi muda perlu dididik dengan nilai yang betul agar mereka membesar sebagai individu yang jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Menurut beliau, sekiranya usaha itu dilakukan secara konsisten, ia mampu menyumbang kepada pengurangan kes rasuah dan salah guna kuasa pada masa hadapan.

**media[3572706]**

“Sebagai agensi yang berperanan meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera, MARA memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi daripada masyarakat.

“Kepercayaan itu hanya dapat dipertahankan sekiranya setiap warga organisasi mengamalkan integriti dalam melaksanakan amanah yang dipikul,” katanya.

Ujarnya lagi, impak MARA terhadap pembangunan negara amat besar, ramai tenaga kerja profesional di Malaysia merupakan individu yang pernah menerima manfaat daripada MARA sama ada melalui pendidikan, latihan mahupun pembiayaan.

Selain memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik dan kemahiran teknikal, ujar Shuhaimi, MARA turut berusaha melahirkan graduan yang mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi.

Ujarnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk program pembangunan sahsiah, pendidikan agama dan pengukuhan nilai melalui pelbagai aktiviti di institusi pendidikan MARA.

“Jelajah Antirasuah ini pula menjadi pelengkap kepada usaha tersebut dengan memberikan pendedahan secara langsung mengenai kepentingan amanah, etika dan tanggungjawab dalam kehidupan.

“Pelajar hari ini ialah pemimpin negara pada masa hadapan. Sebab itu mereka perlu dibentuk dengan acuan yang betul supaya bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, tetapi juga mempunyai integriti yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa syukur kerana program yang dijalankan mendapat sambutan dan maklum balas yang amat menggalakkan daripada peserta di lapangan.

Jelasnya, pendekatan yang dibawa Rasuah Busters disifatkan berjaya menarik minat peserta serta memudahkan mesej integriti difahami pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berharap kerjasama strategik antara MARA dan Rasuah Busters dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan usaha membudayakan integriti terus diperkasakan.

“Integriti bukan sekadar dasar atau slogan. Ia ialah budaya yang perlu dipupuk secara berterusan. Apabila generasi muda dibentuk dengan nilai yang betul hari ini, negara akan memperoleh pemimpin yang amanah pada masa hadapan,” katanya.

MP digesa teliti RUU pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya sebelum dibahaskan – #RasuahBusters
#RasuahBusters menggesa semua ahli Parlimen melaksanakan penelitian penuh, terperinci dan berprinsip terhadap RUU berhubung pemisahan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya sebelum dibahaskan serta diluluskan di Dewan Rakyat.

SHAH ALAM – Semua ahli Parlimen digesa melaksanakan penelitian penuh, terperinci dan berprinsip terhadap Rang Undang-Undang (RUU) berhubung pemisahan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya sebelum dibahaskan serta diluluskan di Dewan Rakyat.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) #RasuahBusters berkata, langkah itu penting berikutan setiap keputusan akan menatijahkan legasi keadilan yang telus, bebas dan mampu bertahan, sekali gus memastikan reformasi RUU yang kini berada pada fasa kritikal itu berjaya direalisasikan.

#RasuahBusters turut menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ahli Parlimen.

“Memastikan tiada kekaburan undang-undang yang boleh melemahkan kepastian proses pelantikan dan pentadbiran pendakwaan berikutan apa-apa ruang tafsiran yang terlalu luas berisiko menimbulkan masalah pelaksanaan dari segi praktikal dan operasi, percanggahan tafsiran serta membuka ruang kepada campur tangan yang menjejaskan integriti institusi pendakwaan.

“RUU harus memanifestasikan tahap ketelusan dan akauntabiliti serta mampu menangani risiko konflik kepentingan dan potensi manipulasi kuasa oleh mana-mana pihak,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, peranan Parlimen harus diperkukuh secara substantif, dengan legislatif yang kukuh dan keterbukaan awam menjadi benteng kepada gejala nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa.

“Jawatan Pendakwa Raya amat penting dalam mengekalkan integriti sistem keadilan jenayah. Oleh itu, proses pencalonan dan penilaian yang telus, bebas serta berakauntabiliti adalah teras kepada penentuan kelayakan calon.

**media[3560925]**

“RUU tersebut ialah nadi pelindung keadilan untuk rakyat. Pencalonan terbuka, kriteria kelayakan berasaskan merit, tempoh saringan yang munasabah dan keperluan bagi jawatankuasa pilihan untuk memaparkan asas penilaian mereka merupakan jaminan yang rakyat perlukan.

“Begitu juga, peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) sebagai penasihat perlu diseimbangkan dengan syor Parlimen yang mewakili suara rakyat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Pendakwa Raya harus bebas daripada sebarang pengaruh yang tidak wajar agar institusi keadilan dapat dipertahankan.

“Ini ialah prasyarat untuk memperkukuh integriti pendakwaan, memulihkan keyakinan awam dan memastikan pelaksanaan undang-undang yang adil tanpa pilih kasih,” katanya.

#RasuahBusters turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya memastikan RUU berkenaan dijayakan dengan ketelitian yang tinggi.

“Menggantikan proses yang tidak telus dengan proses baharu tanpa keseimbangan yang sebenar berupaya menyebabkan apa jua reformasi menjadi lebih berbahaya daripada status quo.

“RUU ini di ambang realiti. Jadikanlah ia peluang mencipta sejarah sebagai hamba Tuhan yang menjunjung kedaulatan undang-undang dengan rasa tanggungjawab dan amanah yang tinggi,” katanya lagi.

Jangan terhutang budi dengan sesiapa
Integriti bukan hanya tentang menolak rasuah besar, ia tentang mengawal pintu kecil sebelum ia terbuka luas. Gambar kecil: Qayyim

SAYA pernah menerima satu nasihat daripada seorang jurutera senior ketika bekerja di ‘power plant’ dahulu.

Bunyi nasihat itu sangat sederhana tetapi apabila saya renungkan hari ini, rupanya itulah antara ‘vaksin’ paling awal untuk mencegah rasuah.

Dia kata: “Jangan beri peluang untuk kita terhutang budi dengan sesiapa terutama vendor atau pembekal’.

Waktu itu saya angguk sahaja, masih muda, baru masuk industri dan beranggapan integriti itu perkara besar. Kita bayang rasuah itu datang dalam bentuk kontrak berjuta-juta, perbincangan tertutup atau pegawai berpangkat besar.

Tapi, apabila kita hidup dan kerja semakin lama, baru kita nampak rasuah jarang datang dalam bentuk besar. Ia selalunya bermula dengan kecil, dengan sesuatu yang tidak akan kita syak pun.

Nasihat senior saya itu datang dengan contoh-contoh yang dekat dengan hidup.

Kalau vendor ajak keluar minum, tolak dengan baik. Kalau terpaksa ikut, cepat-cepat bayar sendiri. Kalau tidak sempat, terus belanja satu meja. Biar jelas: aku datang kerja, bukan hendak jadi kawan rapat sesiapa.

Kalau mereka hantar hamper, jangan ambil seorang diri. Suruh mereka hantar ke bengkel. Biar semua orang rasa, semua orang makan.

Apabila kita kongsi, kita tidak izinkan wujudnya ‘keistimewaan peribadi’ yang akan buat kita serba salah nanti.

Kalau ada yang hulur baucar, tiket, hadiah kecil – senyum, ucap terima kasih dan tolak. Alasan paling mudah: “Saya cuma buat kerja saya, tak perlu balasan.”

Kadang-kadang kita risau orang terasa tetapi orang yang menghormati profesion kita akan faham pendirian itu. Semua contoh tersebut nampak remeh tapi di sinilah bermulanya penyakit yang kita semua takut hendak sebut iaitu rasuah.

Ini bukan kerana kita jahat. Ini bukan kerana kita tamak tetapi ini kerana kita terhutang budi. Dan rasa terhutang budi itu lebih bahaya daripada tawaran duit yang jelas.

Sebab, ia masuk dalam hati. Ia buat kita dilema. Ia buat kita rasa tidak boleh menolak. Ia buat kita rasa ‘alah, dia pernah tolong aku…’

Rasuah tidak selalu datang dengan sampul tebal. Ia selalu bermula dengan minum petang. Adakala dengan hamper hujung tahun. Adakala dengan sedikit-sedikit ‘gesture’ yang tidak salah pada zahirnya.

Sebab itu, prinsip yang saya belajar dahulu menjadi pegangan sehingga hari ini iaitu jangan beri peluang untuk terhutang budi. Apabila tidak terikat, kita lebih bebas bekerja.

Apabila tidak terhutang, kita lebih mudah berkata tidak. Apabila tidak terpengaruh, keputusan kita lebih jujur.

Bak kata mentor saya juga: “Tak luak pun hensem kita apabila kita buat benda betul.”

Integriti bukan hanya tentang menolak rasuah besar. Ia tentang mengawal pintu kecil sebelum ia terbuka luas. Ia tentang menjaga hati sendiri daripada rasa terhutang.

Ia tentang tahu batas dan berani menegakkan batas itu.

Kalau semua orang pegang prinsip kecil ini, kita mungkin tidak dapat hapuskan semua rasuah di Malaysia.

Tapi kita akan matikan banyak pintu yang sepatutnya tidak pernah terbuka sejak awal. Kadang-kadang untuk elak keburukan besar, kita cuma perlu jaga satu perkara iaitu jangan berhutang budi.

* Qayyim Hafidz ialah ahli IKRAM dan bekas Jurutera Kanan (Industri Tenaga)

Mahasiswa benteng utama tolak normalisasi rasuah – Azam
Pelajar membacakan ikrar ketika program SPRM–UiTM INSPIRA 2025: Hari Integriti & Kepimpinan yang turut menampilkan sesi Leadership Talk: Inspirasi Integriti Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada Rabu.

Azam ketika hadir program SPRM–UiTM INSPIRA 2025: Hari Integriti & Kepimpinan yang turut menampilkan sesi Leadership Talk: Inspirasi Integriti Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada Rabu.

PUNCAK ALAM – Golongan mahasiswa adalah benteng utama dalam menolak budaya salah laku dan rasuah dalam usaha membina masa depan negara yang berintegriti tinggi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, peranan mahasiswa amat penting sebagai ejen perubahan yang berani menilai isu semasa secara kritis serta tidak mudah terpengaruh dengan persepsi yang boleh memesongkan nilai integriti.

“Sikap berani menegur, menolak salah guna kuasa dan mempertahankan nilai integriti harus dibudayakan sejak di bangku universiti lagi.

“Mahasiswa bukan sekadar penuntut ilmu, sebaliknya pemikir strategik dan ejen perubahan yang menjadi tunjang kepada pembentukan masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program SPRM–UiTM INSPIRA 2025: Hari Integriti & Kepimpinan yang turut menampilkan sesi Leadership Talk: Inspirasi Integriti Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam di sini pada Rabu.

**media[3367730]**

Azam berkata, mahasiswa perlu bersikap kreatif, celik teknologi serta berani memacu perubahan supaya amalan salah tidak diterima sebagai kebiasaan dalam masyarakat.

“Budaya integriti perlu diperkukuh di peringkat awal agar generasi masa depan bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai jati diri yang kukuh dan bebas rasuah,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, pihaknya berbangga atas pelantikan Azam sebagai Profesor Adjung UiTM yang disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar dalam memperkukuh agenda integriti dan antirasuah di institusi pengajian tinggi itu.

“UiTM turut bersama masyarakat menyambut Hari Antirasuah Antarabangsa, selari dengan sokongan kepada usaha kerajaan mencapai sasaran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada kedudukan 25 teratas dunia menjelang 2033.

“UiTM akan terus komited melahirkan generasi profesional beretika dan bebas rasuah serta memperkukuh peranan universiti sebagai peneraju pembentukan graduan berintegriti,” katanya.

Dalam majlis sama, turut diadakan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta sesi menandatangani IBR oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli dan Dekan Fakulti Perakaunan UiTM, Prof Dr Norli Ali, yang disaksikan oleh Azam.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff; Prof Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Selangor; Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM, Prof Dr Zuraidah Sanusi serta barisan pengurusan eksekutif dan pengurusan kanan universiti serta pegawai-pegawai SPRM.

Ombudsman Malaysia perlu akses penuh dokumen awam untuk siasatan telus – Rasuah Busters
Nurhayati

SHAH ALAM – Ombudsman Malaysia perlu diberikan akses kepada dokumen awam dan maklumat relevan bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan bebas.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia-Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, siasatan oleh Ombudsman Malaysia seharusnya bebas daripada sebarang sekatan yang tidak wajar, kecuali dalam hal melibatkan keselamatan negara.

“Salah satu elemen penting dalam memastikan keberkesanan Ombudsman Malaysia ialah pemberian akses penuh kepada maklumat.

“Akses ini mestilah seimbang dan mengikut peraturan, dengan mengambil kira kerahsiaan tertentu serta mematuhi prinsip keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat bagi mengurus dan menyelesaikan aduan awam. Agensi itu diberi mandat lebih menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.

Menurut Anwar, perkara tersebut merupakan antara keputusan penting yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa penubuhan Ombudsman Malaysia menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hak rakyat dan memelihara integriti sektor awam, dengan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijangka dibentangkan pada awal tahun 2026.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, walaupun penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan langkah yang positif, kerajaan juga perlu memastikan rakyat memahami fungsi dan kepentingan institusi tersebut.

“Advokasi dan kesedaran awam mengenai peranan Ombudsman Malaysia perlu dilakukan secara lebih agresif.

“Rakyat perlu diberikan maklumat tentang bagaimana mereka boleh membuat aduan, serta bagaimana aduan tersebut akan diproses dan disiasat.

“Jika rakyat faham bagaimana Ombudsman Malaysia berfungsi dan bagaimana ia boleh membantu menyelesaikan masalah mereka, maka sokongan terhadap institusi ini akan lebih kukuh,” ujarnya.

Menurut beliau, laporan yang dikemukakan oleh rakyat perlu diberi perhatian dan dipantau secara berterusan agar sistem pentadbiran yang lebih adil dapat diwujudkan.

Tambahnya, penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan langkah yang amat positif dan dinanti-nantikan rakyat Malaysia kerana mampu membawa perubahan besar dalam memperkukuh sistem pentadbiran negara.

“Rasuah Busters menyambut baik komitmen kerajaan. Ia merupakan elemen penting untuk memperbaiki tadbir urus negara berteraskan amanah.

“Ombudsman Malaysia sangat dinantikan rakyat yang mengharapkan satu sistem penyampaian awam yang lebih telus, bebas dan berintegriti.

“Dengan adanya Ombudsman Malaysia yang berfungsi dengan baik, saya percaya rakyat akan lebih yakin untuk melaporkan sebarang salah laku atau ketidakpuasan hati, tanpa rasa takut atau tekanan,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa institusi itu hanya akan berjaya sekiranya asas operasinya kukuh dan dilaksanakan berdasarkan acuan serta keperluan Malaysia.

“Banyak negara telah lama melaksanakan sistem ombudsman. Malaysia baru memulakan langkah ini.

“Oleh itu, pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan konteks negara kita – bukan hanya meniru model luar. Cabaran kita unik dan perlu diurus secara realistik,” katanya.

Nurhayati turut mengingatkan bahawa pelantikan Ombudsman Malaysia mesti berasaskan merit tanpa pengaruh politik dan bebas daripada campur tangan eksekutif.

“Sebarang keputusan berkaitan pelantikan atau penamatan jawatan Ombudsman mestilah mengikut undang-undang dan proses yang sah, bukan berdasarkan kepentingan pihak tertentu,” tegasnya.

Beliau berkata, Ombudsman Malaysia berperanan penting dalam mewujudkan budaya pentadbiran yang lebih sihat dan berintegriti, terutama dalam menangani isu rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan pentadbiran.

“Antara fungsi utama Ombudsman ialah mengenal pasti dan menyelesaikan isu berkaitan salah laku, termasuk masalah pengisytiharan kontrak, konflik kepentingan, serta ketidakjelasan larangan penerimaan hadiah.

“Ombudsman Malaysia perlu diberikan kuasa penuh untuk menyiasat dan menilai isu-isu ini secara telus, tanpa sebarang sekatan yang tidak munasabah,” katanya.

Tiga prinsip bentuk integriti dalam keluarga
Gambar hiasan. Gambar kecil: Profesor Dr Hanim Salleh

SETIAP ibu bapa mendambakan anak-anak yang membesar dengan sifat jujur, amanah, beradab dan bertanggungjawab.

Namun realiti dunia hari ini penuh dengan cabaran media sosial yang mempengaruhi tingkah laku, budaya ‘pintas’ yang nampak mudah, tekanan akademik serta suasana masyarakat yang kadang-kadang keliru antara nilai sebenar dan nilai kosmetik.

Dalam keadaan ini, membentuk integriti bukan lagi tugas sambil lewa, ia memerlukan kesedaran, kesabaran dan strategi yang jelas.

Al-Quran sendiri mengingatkan peranan besar keluarga sebagai tapak pembinaan manusia, seperti firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka’.

Ayat ini bukan hanya seruan tentang ibadah tetapi juga amanah untuk mendidik anak-anak dengan nilai integriti yang tinggi.

Berikut adalah tiga prinsip utama yang boleh dilaksanakan iaitu konsistensi, belajar daripada kesilapan dan puji nilai.

Pertama ialah konsistensi iaitu antara kata dan perbuatan ibu bapa adalah asas dalam membentuk integriti anak. Anak tidak belajar melalui ceramah atau arahan, mereka belajar melalui apa yang mereka lihat setiap hari.

Jika ibu bapa mengatakan sesuatu tetapi melakukan sebaliknya, anak akan percaya kepada tindakan, bukan kata-kata. Ambil contoh tentang menepati janji. Seorang ayah berjanji mahu membaca buku dengan anak selepas Maghrib.

Jika tiba waktunya ayah berdalih ‘penat’ atau ‘lupa’, anak secara halus belajar bahawa janji boleh diabaikan. Namun apabila ayah tetap menunaikan janji walau letih, anak melihat bahawa amanah perlu dijaga. Integriti ditanam melalui teladan bukan ucapan.

Kedua belajar daripada kesilapan iaitu ramai ibu bapa tanpa sedar membesarkan anak dalam ‘budaya takut’, bukan ‘budaya jujur’.

Anak dimarahi bila tumpahkan air, diherdik apabila buat silap kecil hingga akhirnya mereka belajar satu perkara, lebih selamat menipu daripada mengaku. Sedangkan kesilapan ialah ruang terbaik menanam integriti.

Bayangkan anak memecahkan cawan lalu bersembunyi kerana takut. Ibu masuk, tidak meninggikan suara, sebaliknya berkata lembut sambil membersihkan lantai, ‘Tak apa pecah… yang penting kamu beritahu ibu’.

Dalam detik kecil itu, anak belajar bahawa berkata benar tidak berbahaya.

Apabila kesilapan diterima sebagai peluang belajar, anak membesar dengan keberanian moral iaitu berani mengaku salah, berani memperbaiki diri dan berani memilih kebenaran walaupun tidak sempurna.

Ketiga adalah memuji nilai iaitu kita sering memuji pencapaian, A dalam peperiksaan, pingat sukan, tempat pertama pertandingan, sedangkan pujian paling membina ialah pujian terhadap nilai.

Jika anak hanya dipuji atas keputusan, mereka percaya nilai diri bergantung pada markah.

Tetapi jika dipuji kerana jujur, rajin, usaha atau berdisiplin, mereka belajar bahawa karakter lebih penting daripada angka.

Bayangkan anak pulang dengan markah sederhana namun berkata, ‘Saya buat sendiri, tak tiru’.

Ibu tersenyum, ‘Ibu bangga sebab kamu jujur dan usaha sendiri’. Walaupun markah tidak tinggi, hatinya penuh penghargaan.

Anak seperti ini membesar yakin bahawa kejayaan bukan sekadar keputusan, tetapi integriti di sebaliknya.

Akhirnya, membina keluarga berintegriti bukanlah rahsia besar atau teori rumit, ia bermula dengan tiga perkara sederhana iaitu konsistensi, belajar daripada kesilapan dan puji nilai.

Jika setiap rumah mengamalkan tiga prinsip ini, kita mendidik diri kita untuk menjadi lebih baik dan mendidik anak yang berakhlak baik serta membentuk generasi yang tahu membezakan betul dan salah walaupun tiada siapa melihat.

Sepertimana dalam Surah al-Isra’ ayat 36: ‘Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya’.

Integriti negara bermula dengan integriti keluarga dan integriti keluarga bermula dengan kita, sebagai ibu bapa.

*Profesor Dr Hanim Salleh ialah Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

C4 Center saran kerajaan laksanakan reformasi, tadbir urus baik
Implikasi kes rasuah boleh menggugat keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.

C4 Center

SHAH ALAM – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menyarankan kerajaan melaksanakan agenda reformasi antirasuah dan tadbir urus baik seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

C4 Center dalam kenyataan memaklumkan bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai pandangan jelas berhubung hasrat pengundi dan menyatakan kekalahan parti itu mempertahankan kerusi yang disandang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mencerminkan krisis keyakinan serius rakyat terhadap mereka.

Menurut kenyataan itu, organisasi masyarakat sivil telah menyatakan dengan tegas bahawa banyak reformasi yang dijanjikan telah diketepikan dalam agenda kerajaan.

**media[3360991]**

“Perkara itu termasuk pemisahan pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Kebebasan Maklumat, undang-undang pengisytiharan harta dan Akta Pembiayaan Politik.

“Beberapa reformasi tadbir urus baik telah diperkenalkan tetapi dikritik hebat kerana keberkesanannya yang kecil seperti Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

C4 Center berkata, rangkaian pelepasan tanpa pembebasan kepada individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah telah sangat menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan.

“Kekecewaan selanjutnya adalah pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebanyak tiga kali sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun terpalit dengan skandalnya sendiri.

“Undang-undang represif yang menyekat kebebasan sivil masih digunakan oleh kerajaan untuk menekan pengkritik seperti Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan sebagainya,” katanya.

Tambah kenyataan itu, keputusan PRN Sabah lalu merupakan peringatan dan isyarat kepada kerajaan bahawa isu integriti dan tadbir urus baik tidak lagi boleh dipandang ringan.