Home Covid-19 Pengenalan

Pengenalan

Turut merasai perit getir para petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang sehabis daya mereka untuk menangani COVID-19 yang meningkat setiap hari, bersama kita satukan hati untuk rakyat bantu rakyat.

Benarlah, berat kita rasakan saat ini, mereka yang merisikokan diri menanggungnya lebig lagi.

Ketika kita berada dalam suasana selamat di rumah bersama keluarga, mereka perlu meninggalkan keluarga dalam waktu yang lama, berhadapan dengan ancaman wabak dalam keadaan perlindungan yang tidak mencukupidan suasana mendesak.

Tabung COVID Sinar ini adalah tanda bahawa kita bersama-sama menghadapi saat getir ini.

Sumbangan yang kita berikantiada satu sen pun bagi kos pengurusan dan ianya adalah sepenuhnya untuk para perjuang yang sedang bertungkus lumus ini, memudahkan mereka untuk membantu kita dan merangkumi peralatan yang berkurang serta kebajikan para pertugas ini.

Tabung ini akan kami buka sehingga keadaan terkawal. Pecahan sumbangan yang telah diberikan melalui petugas (sukarelawan) untuk membuat pembelian setakat ini ialah:

  • 21 Mac 2020 : RM9,000
  • 22 Mac 2020 : RM50,000

Keperluan mendesak yang menjadi prioriti ialah:

  • Sanitizer
  • Masks
  • Personal Protective Equipment (PPE)
  • Khemah
  • Washing Machine (agak kritikal untuk frontliners cuci uniform sebelum pulang)

Moga sumbangan ini mengurangkan beban dijiwa dan menambahbaik suasana yang ada. Sedikit atau banyak, ia amat bererti. Dari rakyat untuk rakyat.

#sinar4covidfrontliners

#rakyatbanturakyat

#kitalahmalaysia